Friday, January 2, 2015

NOTA INSPIRASI : 7 TABIAT ORANG SANGAT BIJAK EMOSI (HIGH EMOTIONAL INTELLIGENCE)



NOTA INSPIRASI : 7 TABIAT ORANG SANGAT BIJAK EMOSI (HIGH EMOTIONAL INTELLIGENCE)

Kecerdasan Emosi adalah satu faktor penting dalam kejayaan dan kebahagiaan kita, bukan sahaja di tempat kerja, tetapi dalam hubungan kita dan semua bidang kehidupan kita.
Jadi apa yang menunjukkan seseorang itu mempunyai bijak emosi yang tinggi ?

1. MEREKA MEMFOKUSKAN KEPADA HAL-HAL YANG POSITIF SAHAJA
Walaupun kita tidak mengabaikan berita buruk, orang bijak emosi tidak menghabiskan banyak masa dan tenaga dengan memberi tumpuan kepada masalah. Sebaliknya, mereka melihat apa yang positif dalam setiap masalah dan mencari penyelesaiannya. Mereka memberi tumpuan kepada apa yang mereka mampu lakukan dan apa yang ada dalam kawalan mereka.

2. MEREKA SENTIASA MENDAMPINGI ORANG POSITIF
Orang yang mempunyai kecerdasan emosi tidak menghabiskan banyak masa mendengar rungutan dan berkawan dengan orang yang suka merungut. Ini kerana orang yang negatif akan menghabiskan tenaga separa sedar mereka.
Orang yang pintar emosi akan menghabiskan masa mereka dengan mendampingi orang yang positif yang sentiasa tersenyum dan menarik orang lain yang positif. Kemesraan, keterbukaan, dan keprihatinan mereka membawa orang lain melihat kepada mereka sebagai lebih boleh dipercayai.

3. MEREKA DAPAT TAHU SEMPADAN DAN ADA MASANYA SENTIASA BERTEGAS
Walaupun mereka mesra, sifat terbuka yang mereka miliki boleh membuat mereka kelihatan sebagai mudah dipermainkan. Tetapi sebenarnya mereka memasang batas dan bertegas dalam hal-hal tertentu. Mereka menunjukkan kesopanan dan pertimbangan tetapi kekal kukuh pada masa yang sama.
Mereka tidak membuat musuh. Mereka berfikir sebelum bercakap dan memberi diri mereka masa untuk bertenang jika emosi mereka tiba-tiba menjadi hangat. Mereka menjaga masa dan komitmen mereka dan tahu bila untuk mengatakan tidak.

4. MEREKA BERFIKIR HADAPAN DAN SEDIA MELEPASKAN
Orang yang mempunyai kecerdasan emosi ini mempunyai pemikiran yang terlalu sibuk untuk merancang masa hadapan dan tidak menghabiskan banyak masa atas perkara-perkara yang tidak telah berlaku pada masa lalu. Mereka mengambil iktibar dari kegagalan masa lalu mereka dan berhati-hati dalam tindakan mereka pada masa akan datang. Mereka tidak pernah melihat kegagalan sebagai sesuatu yang kekal.

5. MEREKA SENTIASA MENCARI CARA MEMBUAT KEHIDUPAN LEBIH MENARIK
Sama ada di tempat kerja mereka, di rumah, atau bersama dengan kawan-kawan, orang yang mempunyai emosi yang tinggi tahu apa yang membuat mereka rasa bahagia dan mencari peluang untuk berkongsi rasa seronok itu. dan merasa puas dengan melihat orang berasa seronok dan bahagia. Mereka berbuat apa sahaja untuk membuatkan orang lain rasa bahagia.

6. MEREKA MENGEMBANGKAN TENAGA MEREKA DENGAN BIJAK
Orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tidak akan menyimpan dendam apabila berhadapan dengan konflik atau peristiwa buruk yang berlaku pada mereka. Mereka tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi, tetapi mengambil pengajaran bagaimana hal yang serupa tidak berulang lagi.
"Membodohkan dan menipu saya sekali, itu kesalahan anda,tetapi membodohkan dan menipu saya dua kali, iatu adalah kesalahan saya," adalah motto kehidupan mereka. Walaupun mereka meneruskan hidup dan dan memaafkan, mereka tidak lupa tidak mudah percaya dengan penipuan kali kedua.

7. TERUS BELAJAR UNTUK MEMBAIKI DIRI
Orang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi tidak malu untuk belajar di sepanjang hayat mereka. Mereka sentiasa berkembang, terbuka kepada idea-idea baru, dan sentiasa bersedia daripada belajar daripada orang lain. Mereka menjadi pemikir yang kritikal, sedia mengubah minda mereka jika seseorang membentangkan idea yang lebih baik. Walaupun mereka adalah terbuka kepada idea-idea daripada orang lain, dan mengumpul maklumat baru, mereka akhirnya percaya kepada pertimbangan mereka untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment