Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak
Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan
kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.
"Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………"
Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu
menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana
tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di
cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu
tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar,
cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan
reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering
dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan
ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak
tersebut agresif dan degil.
Anda Boleh baca di sini Perlu Ke Pukul Anak unuk menghukum anak cara
islam.
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu
tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan
kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran
tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting
dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J.
Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di
Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Jom lihat TAP GENIUS..smart pen
bersuara upin ipin untuk bantu anak belajar mengaji…KLIK SINI
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil
usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan
usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal
Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada
data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit
putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Menghukum dengan pukulan
Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan
ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk
menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih
untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara
interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia
setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka
sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan
bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali
seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang
dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan
apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang
baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat
kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa
yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’
itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering
memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Inginkan buku untuk anak pandai menulis? sila KLIK SINI
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul
anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu
yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum
anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi
apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula
kurang memukul anak tersebut.
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah
menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka
kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui
sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang
telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin
berkurangan seiring perubahan zaman.
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang
mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka
juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya
mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.
Sering dipukul akan menjadi pemukul
Sementara itu, Professor Madya di Jabatan
Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth
T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar
memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan
memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak
tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah
kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul
semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul
anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar
menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga
akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
Sumber: Utusan Malaysia